Apr 22, 2009

journey of a lifetime

sometimes it's nice to read and discover... silently understanding the mindset of patients...

" Tanggal 12 ogos 2007…setahun yg lalu aku menghadapi saat yg paling getir dlm hidupku..hari itu, aku ada appointment utk check-up pregnancy di Hospital Sultan Abdul Halim. Seawal kandunganku 3bln aku telah disahkan mengalami tekanan darah yg agak tinggi. So, aku perlu membuat check-up BP hampir setiap hari di klinik. Apabila didapati BP aku sentiasa tinggi, kes aku dirujuk kepakar O&G di Hospital berkenaan. Maknanya kes aku ni perlu di awasi oleh doctor pakar. Aku tak boleh bersalin di private hospital kerana diorang tak nak tanggung risiko jika ada sebarang masalah nanti.

Berbalik kepada ceritaku tadi…seperti biasa aku dah sampai di Hospital berkenaan seawal jam 7.45pg slps aku punch card keja pg itu. Aku ditemani hubby aku time tu. Biasalah hospital kerajaan…temanya kena tunggu berejam baru diservis…procedure biasa aku perlu timbang berat badan, check ujian air kencing dan check BP dan juga HB. Slps 2 jam menunggu baru dpt berjumpa dgn doctor biasa (belum diiktiraf doctor pakar). Bila doctor scan, doctor kata ada problem dgn kandunganku. Dia kata dia tak pasti sgt, kena rujuk dgn doctor pakar jugak… dia suruh aku tunggu lagi. Slps sejam baru terdengar namaku dipanggil utk berjumpa dgn doktor pakar. Aku dan hubby dibawa masuk kebilik khas untuk scan. Doktor pakar tu tak cakap apa2 pun pd kami. Lps scan doktor pakar tu cuma cakap sepatah je…dia kata “pn perlu admit wad hari nie juga”. Aku pun heran…kenapa?…nak bertanya pun x sempat sbb dia dh tinggalkan kami…dlm hati aku berkata…”doktor pakar mmg x byk cakap ke”…lps tu, aku dipanggil berjumpa dgn doktor yg mula2 aku jumpa td. Baru dia terangkan pada aku bahawa air ketubanku dh semakin kurang, so baby dlm keadaan bahaya jika aku x bersalin secepat mungkin. Aku akan diindius supaya bersalin esok..Ya Allah…aku belum bersedia lg la…tarikh aku dijangka brsalin sepatutnya 31 Ogos 2007..mcm mana nie?…setelah berbincang dengan hubby, kami decide nk admit wad pukul 2.30ptg.

Jam 12.15pm aku ngan hubby terus pegi makan kt restoren D’Sayang.. aku makan nasi goreng kampong dgn air fresh oren…2 gelas aku minum…maklumlah lps nie aku kena pantang…lama gak tu…nnti kempunan pulak…then, kami p kedai keta…siap tukar semua tayar keta lg…sempat lagi tu…pastu balik umah aku siapkan barang2 yg perlu. Actually, aku dh siapkan barang2 tu. Lepas solat…about pukul 2.30ptg aku dan hubby ke hospital semula….

Bermulalah episode gerun dlm hidupku. Aku nie mcm bahan experiment pulak disana. Aku perlu jalani check-up mcm pg td sekali lagi. Tensyennye.. dh semuanye settle, aku ditempatkan di wad kenanga. Dlm bilik tu ada lagi 3 org patient. Best jugak wad nie…bersih, kemas dan teratur…lebih kurang pukul 7.45mlm waktu melawat dh abis dan hubby terpaksa pulang kelumut meninggalkan aku sorang diri di hospital tu…sedihnyeeeee….hubby aku navy, sbb tu dia kena balik keje jugak. Tak pelah…aku faham…bukan kehendak dia untuk tidak berada disisiku tapi dia terpaksa….

Malam tu aku tak dapat tido mengenangkan apa yg berlaku hari ini dan fikirkan apa yg akan berlaku esok…takutnye Allah saja yg tahu…huh…..

Seawal jam 6.00pg aku diindius…kemudian aku dibuat pemeriksaan CTG…cukup siksa kurasakan…bacaan pada CTG menunjukkan jantung baby ku semakin lemah. Kelam kabut kulihat nurse menyiapkan aku utk dioperate. Tiba2 doktor yg indius aku td dtg memberitahuku bahwa aku perlu dibedah segera kerana jantung baby ku semakin lemah, dia bertanyakan tentang suamiku untuk sign borang ape tah tapi nampaknye aku kena sign sendiri…barulah ku faham kenapa nurse2 tu kelam kabut siapkan aku td…then, aku dibawa masuk ke dewan bedah…Masya Allah…takutnyeeee…tapi hatiku sempat berdoa supaya Allah selamatkan baby ku walaupun aku tidak dpt diselamatkan…saat itu tiba2 hatiku sayu…jika ditakdirkan umur ku x pjg saat itu, aku x sempat mohon maaf pada semua orang yang kusayang terutamanya suamiku serta ibu dan ayah…

Tepat jam 10.02 pg aku telahpun berada didalam bilik bedah…aku Nampak segala peralatan2 yg disusun kemas utk pembedahan…then aku dibius dibhgn tulang belakangku…hingga skrg masih lagi terasa kesan ubat bius tu….dlm hatiku x putus2 berdoa supaya baby ku selamat…aku hanya memandang jam did lm bilik tu. About 10.18pg aku terdgr doctor dan juga nurse riuh sebaik shj baby ku ditarik keluar…”kecilnya dia” satu suara berkata…beberapa saat kemudian aku terdengar suara baby ku menangis…Alhamdulillah….bila terpandang babyku, aku menangis…bagaikan tak percaya..zuriatku dh lahir…. Syukur sgt…emmm…baby girl spt yg aku mahukan….

Babyku ditahan kewad disebabkan beratnya hanya 1.71kg. then, stlh siap segalanya aku dibawa kebilik khas patient slps operation. Bila kesan ubat bius sudah semakin hilang barulah terasa sakitnya diperut bagaikan dihiris hidup2…seluruh tubuhku menggeletar…sakitnyaaaa….Allah saja tahu kesakitanku saat itu…

Hampir pukul 1tgh aku dibawa kembali ke wad. Nurse memberitahuku suamiku telah diberitahu tentang kelahiran baby kami…aku pasti dia dlm perjalanan pulang. Pd jam 2.30 ptg aku memberitahu keluargaku bahawa aku telah selamat bersalin…waktu melawat jam 4.30ptg barulah aku bertemu semula dgn suamiku…sebaik shj dia Nampak aku terbaring lemah dikatil dia telah kucup aku didahi dan mengucapkan terima kaseh krn melahirkan baby yg sgt comel utknya…kulihat dia menangis dan dia memohon maaf kerana tdk dpt bersamaku disaat2 aku melahirkan baby kami…ibu dan adikku juga berada disisiku saat itu…bahagianya rasa…Alhamdulillah..segalanya telah selamat…"

1 comment:

seahorse27 said...

Itu kisah benar, ya...amat meyayat hati..dengan kesudahan yang menggembirakan..